INTERNET MEMBANTU PERNIAGAN BUKAN INTERNET

Posted on Julai 29, 2008. Filed under: Uncategorized | Tags: , , , |

TIP PILIHAN: INTERNET MEMBANTU PERNIAGAN BUKAN INTERNET
==============================

=========================

Wan, ramai yang tanya pada saya, bagaimana Internet boleh
membantu perniagaan bukan Internet mereka. Sebagai contoh, sekiranya
seseorang itu mempunyai spa, kedai dobi, kedai buku, kedai jual
nasi ayam atau apa sahaja kedai yang mempunyai kehadiran fizikal
(bricks & mortar), adakah Internet dapat membantu menambahkan
keuntungan perniagaan tersebut?

Jawapan saya, sudah tentunya YA!

Pengiklanan dan juga kehadiran sesuatu perniagaan fizikal di
Internet dapat membantu menjana keuntungan tambahan serta dapat
menarik prospek yang sebelum ini tidak mengetahui tentang sesuatu
perniagaan itu.

Berikut adalah beberapa contoh penggunaan media Internet dalam
membantu usahawan-usahawan yang memiliki kedai fizikal:

Laman web
=========
Bayangkan sekiranya anda seorang agen insurans, atau agen jualan
langsung, atau agen haratanah, dalam masa sehari berapa ramai
prospek anda boleh jumpa? Mungkin secara kasar, 3 atau 4 prospek
sehari. Jumpa dua prospek sebelah pagi, dan lagi dua sebelah petang
pula.

Langkah utama dalam mempunyai kehadiran di Internet adalah dengan
memiliki laman web sendiri. Pengguna Internet Malaysia kini
menjangkau 14 juta pengguna. Dengan penggunaaan Internet yang amat
tinggi ini, tidak mustahil untuk mendapat 100-200 pelawat melawat
laman web anda setiap hari (atau lebih!). Dan, lagi menyenangkan
anda, anda tidak perlu keluar dari rumah!

Dengan menyediakan laman web, anda boleh meletakkan segala maklumat
atau presentation perniagaan anda. Pelawat akan melawat laman anda
dan mempelajari segalanya berkaitan dengan perniagaan anda.
Memiliki laman web asas akan memudahkan prospek anda oleh kerana,
mereka juga tidak perlu pergi ke kedai anda untuk pelajari apa yang
anda sediakan. Laman web anda akan meletakkan minda prospek anda
dalam keadaan “Ingin membeli!” jauh sebelum mereka sampai ke kedai
anda!

BLOG
====
Blog, atau Web Log (www.blogger.com), kini menjadi trend semasa di
mana sesiapa sahaja boleh mempunyai kehadiran online secara mudah.
Blog boleh menjadi tempat sesiapa sahaja menulis pendapat mereka
mengenai apa sahaja isu yang diinginkan. Daripada hobi, ke politik
hingga ke agama.

Penggunaan blog boleh juga membantu sesuatu perniagaan dalam
merapatkan lagi pengguna tersebut dengan pemilik perniagaan. Anda
boleh melihat contoh blog saya di www.IrfanKhairi.com di mana saya
memberi tip-tip perniagaan, kewangan dan motivasi. Di samping itu,
blog digunakan untuk memperkenalkan produk-produk dan perkhidmatan
Irfan Khairi Sdn Bhd kepada pelawat blog.

Seperti contoh sebelum ini, ianya tidak mustahil mendapat 100-200
pelawat blog anda setiap hari. Blog www.IrfanKhairi.com pula
menerima lebih daripada 1,000 pelawat sehari. Tidak berdaya saya
sendiri pergi berjumpa 1,000 prospek dalam masa sehari, tetapi,
kehadiran blog saya itu membolehkan 1,000 prospek mengetahui
tentang perniagaan saya setiap hari.

Fikirkan bagaimana blog boleh membantu perniagaan anda. Bergantung
kepada perniagaan anda, anda boleh membina blog yang memberi
tip-tip menarik berkaitan dengan perniagaan anda untuk manfaat
orang ramai.

YOUTUBE
=======
Sebelum ini, untuk membuat iklan berbentuk audio dan visual,
pilihan usahawan adalah TV. Tetapi, kita sedia tahu bahawa
pengiklanan TV adalah amat mahal terutama untuk usahawan-usahawan
kecil dan sederhana.

Selamat datang kepada YouTube.com di mana, kini, sesiapa sahaja
boleh membuat iklan berbentuk audio visual untuk tatapan
pengguna-pengguna Internet. Sehingga slogan YouTube sendiri
berbunyi “Broadcast Yourself!”

Anda hanya perlu digicam yang boleh merakam video (pastinya zaman
ini, semua digicam boleh!), dan anda boleh merakam contoh produk
anda atau kedai anda untuk paparan di YouTube. Anda merupakan agen
hartanah? Gunakan YouTube untuk paparkan ruang makan, bilik, bilik
mandi dan dapur rumah yang anda ingin jual. Anda merupaka seorang
motivator? Gunakan YouTube untuk memberi contoh-contoh ceramah anda.

Gunakan kreativiti anda!

Di atas hanya beberapa perkhidmatan popular yang boleh digunakan
dalam mempromosi perniagaan fizikal anda di Internet. Walaupun
perniagaan fizikal anda bersifat tempatan, dengan mempunyai
kehadiran di Internet, perniagaan anda bukan sahaja boleh mencapai
pelanggan seluruh Malaysia, bahkan, boleh mencapai pelanggan
sedunia.

Pengguna Internet di Malaysia kini berjumlah lebih daripada 14juta
pengguna. manakala pengguna Internet dunia pula adalah lebih
daripada 1.2 billion pengguna. Dengan menggunakan Internet,
pastinya perniagaan bukan Internet juga dapat mencapai lebih ramai
prospek!

Sekarang anda dapat lihat kekuatan Internet?

sila layari:http://www.irfankhairi.com

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: